Friday 27 January 2012

apa erti cinta ea???

Cinta itu membuatkan kita gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah. (Jika kita bertemu seseorang yang benar2 menghargai kita, maka dia berhak mendapat kasih kita) Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati. (kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang kita sayang/cintai, kita mestilah membuat dia mempercayai kita dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan kita. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap kita dan jangan ragu-ragu terhadap mereka)
Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapanmu, Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kau pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatanmu itu. (hargai orang yang menyayangimu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita, yang paling berharga ialah hati yang ikhlas) Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika kita merasakan sesuatu itu akan membuatkan kita bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua. (Masa tidak menunggu kita. Jika kita rasakan kita telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau kita akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan kita benar2 bahagia)
Jangan jadi terlalu baik, kami akan merinduimu. Jangan terlalu mengambil berat, kami mungkin menyukaimu. Jangan jadi terlalu ’sweet’, kami mungkin jatuh hati kepadamu. Amat sukar untuk kami menyayangimu jika kau tidak mahu membalasnya. (seseorang yang membuat kita jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kita lebih daripada kita menyayangi dia) Jika seseorang hadir dalam hidup kita dan menjadi sebahagian daripada kita, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih,terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kita. (Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama kita, dia akan kembali)
Kita mengetahui yang kita merindui seseorang apabila jantung kita berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar Hai daripada dia sudah cukup menenangkan hati yang bergelora… (kita mungkin menaruh hati kepadanya, cuma kita tidak menyedarinya ataupun kita tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan) tapi yang utama adalah cinta tidak seharusnye dimiliki dan memilikinya. (pengorbanan dalam perhubungan adalah perbuatan yg mulia.)

No comments:

Post a Comment